Manusia Hidup di Lima Alam
Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu betingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.
Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?
Alam yang pertama
Alam yang pertama
1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.
“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunanAdam dari
punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah
Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu
nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara
itu”
Surah Al-A’raaf ayat 172
Surah Al-A’raaf ayat 172
Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari
Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita – zuriat Nabi
Adam A.s- telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T
Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah
Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya
yang penuh keberkatan.
Alam yang kedua:
Alam yang kita menjalani hidup di dunia.
Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:
1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan
peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam- dapat
mempelajari dari pembahagian ini?
Kerana di alam yang kedua inilah -alam yang tidak kekal- alam yang manusia
diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira –dihisab-
oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula
mendidik dan beramal anak-anak kita. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan
umat Islam:
“Kedua kaki anak Adam itu akan tetapberdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”
1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang mas mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.

Alam yang ketiga
Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.
Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati
hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.
Siksaan kubur
Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah
s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan
siksa kubur disebabkan tiada memlihara diri dari kencing.”
Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan
dari siksaan kubur.
Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:
“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)
“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)
Di alam ini, walau jasad musnah – kecuali para wali-wali Allah S.W.T-
ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam
yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara
dua tiupan.
Alam yang keempat:
Di padang Mahsyar
Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan
Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli
neraka ke dalam neraka.
“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur
masing-masing, lalu dating kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”
(Yasin: 51)
(Yasin: 51)
Mizan (Amalan ditimbang)
Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke
padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan
mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:
“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya
(kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barangsiapa
yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan
dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterangan
Kami.” (Al-A’raf:8-9)
Di titian Shirath
Di titian Shirath
Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jembatan), yang mana ianya dipasang
di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari
pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut
kadar amalan masing-masing.
a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama
angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.
Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)
Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman
akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala
haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk
dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih
manis dari madu.
Pesanan Rasulullah S.a.w
“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan
dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan
Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya
Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”
Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman
untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari
Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah
Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang memumpunyai
seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah
dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling
tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam
yang terpuji yang Engkau telah janjikanbaginya.”
Alam yang Kelima:
Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)
Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga
ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.
Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam,
namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang di-utuskan oleh Allah
S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman,
maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:
“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.” (Al-Lail:14-16)
“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.” (Al-Lail:14-16)
Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaiman
yang tersebut di dalam Al-Quran:
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada
bahagian yang sudah ditentukan.
Nama-nama pintu dan tingkat neraka:
1. Jahannam 2. Saqar 3.Lazha 4.Huthamah 5. Sa’iir
6.Jahim 7. Hawiyah
6.Jahim 7. Hawiyah
Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan
yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. – Kami
memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan
api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua
kaum Muslimin.
Syurga buat mukmin
Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan
bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan
pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong,
sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya
berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka
masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)
Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah
Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada
pernah:
a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.
a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.
Nikmat-nikmat di syurga:
Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:
Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:
1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya
diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan –santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.

Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:
Melihat Allah S.w.t
Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari
satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti
antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS
yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala
itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah
ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:
a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?
Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepadaWajah Tuhan Azzawajalla.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar